HARTA PUSAKA HAJI
AHMAD BIN ISMAIL, PULAI BALING, KEDAH.
Statements
made by JAAFAR BIN HAJI AHMAD.
1.
Mahkamah Tinggi
Malaya, Alor Setar. Petition
No: 215 of 1973.
2.
In the matter of the
Estate of Haji Ahmad bin Ismail, deceased and
3.
In the matter of the
Probate and Administration Ordinance,1959 and
4.
Aziz bin Haji Ahmad
and Mustapa bin Haji Ahmad
22 June 2014.
ASSETS:
1.
Rubber
Land in S.P.K. No. 3979 Lot 446 Mukim Pulai, District of Baling, Kedah –
area: 1relong 341 jembas.
Bangunan-bangunan yang dibina
secara sah diatas tanah tersebut ialah:
a).
sebuah rumah kayu 2 tingkat beratap zinc dan berdinding papan,
b).
enam buah rumah kecil satu tingkat berdinding papan dan beratap
asbestos.
c).
Kedai deret 6 pintu beratap zinc .
d) Sebuah gudang beratap zinc dan berdinding
zinc (untuk makluman gudang ini
digunakan untuk simpanan beras dan alat-alat kilang seperti mesin dan
tayar-tayar. Ia telah diruntuhkan oleh pihak
pentadbir beberapa puluh tahun dahulu.
Enam buah rumah kecil – satu digunakan oleh Aziz dan keluarganya
dan 5 lagi telah disewakan. Keuntungan
sewa setiap bulan diambil oleh pentadbir tanpa memberitahu jumlah hasilnya
kepada waris-waris.
Bagitu
juga kutipan sewa untuk kedai deret 6 pintu, pihak waris tidak pernah
dimaklumkan oleh pentadbir.
Kami
tidak tahu berapakan sudah dikutip selama 40 tahun ini. Dalam Lot 446 ini di bahagian kiri dekat dengan pagar Sekolah Kebangsaan
Pulai, pihak Pentadbir telah memberi kebenaran kepada seseorang bernama Habsah
mendirikan sebuah rumah kediaman, sebuah kedai kopi dan runcit, garage kereta
dan lain-lain untuk dikutip sewa bulanan tanpa pengetahuan waris-waris
lain. Bagi kami, ini juga merupakan
sebuah penempatan haram sejak 40 tahun lalu,
Disebelah
kanan pula berdekatan kedai 6 pintu, diberi kebenaran kepada seseorang iaitu
Arwah Mohd Zain membina sebuah rumah kediaman dan gerai makanan. Ini juga merupakan penempatan haram sejak 40
tahun lalu tanpa waris-waris lain mengetahui hasil dan kutipan sewa setiap
bulan.
Jadi banyaklah perkara-pekara buruk yang dilakukan
oleh pehak pentadbiran tersebut tanpa memberitahu kami waris-warisnya.
Apabila
ditanya kepada mereka, bukan lah jawapan yang
baik dan meyakinkan, tetapi maki hamun yang akan dilemparkan. Nampaknya hasil keuntungan dinikmati oleh
mereka dua beradik sahaja.
2. RUBBER
LAND IN S.P.K NO 3373 LOT 413 MUKIM PULAI, DISTRICT OF BALING KEDAH, AREA : 3
RELONGS.
Bangunan-bangunan yang dibina atas
tanah ini ialah:
a.
Deretan 3 kedai kayu 2 tingkat disebelah kiri
menghadap jalan raya. Kedai-kedai ini telah
dibina oleh orang lain atas sewaan tanah.
b.
Deretan 5 kedai kayu 2 tingkat disebelah tengah menghadap jalan raya . Kedai-kedai ini juga dibina oleh orang lain
atas sewaan tanah.
c.
Deretan 2 ½ kedai kayu 2 tingkat disebelah kanan
menghadap jalan raya. Kedai-kedai ini
juga dibina oleh orang lain atas sewaan tanah.
Salah seorang daripada mereka ialah Abang Man.
d.
Di belakang rumah-rumah kedai ini ada terbina 3
buah rumah yang di duduki oleh Muin
sekeluarga dan Awang sekeluarga.
Nampaknya
kawasan ini dah jadi milik mereka.
Mereka bercucuk tanam dan mendirikan rumah-rumah tambahan.
e) Dibahagian belakang tanah ini telah
terbina sebuah rumah untuk kediaman Abang Mansor dan Kakak Kamariah serta
keluarga. Ia dibina oleh arwah ayahanda
Haji Ahmad. Mula dengan sebuah rumah kecil dan membesar jadi seakan-akan banglo. Kawasan sekeliling ditanam pokok-pokok
rambutan, kelapa, rambai dan mangga. Ia
berpagar sekeliling.
f) Dihujung belakang sebelah kiri lot ini ialah
sebuah penjana letrik tetapi telah dirobohkan oleh pihak pentadbir. Engine dan
besi serta lain-lain telah dijual oleh pentadbir. Kemana hasilnya entahlah kami
waris-waris tidak diberitahu.
g) Kini tapak ini telah digunakan oleh anak
lelak Ramli Cik Aik untuk dibina sebuah bengkel kereta. Kebanyakan alat-alat yang digunakan adalah
dari barang harta Haji Ahmad. Kemana perginya hasil sewaannya, pun tidak
dimaklumi kepada waris-waris.
ASSET 3
BENDANG LAND M.S.P.K NO.19751 LOT 2864 MUKIM SIONG , DISTRICT OF BALING KEDAH – AREA:
4 RELONG 467 JEMBAS.
a)
Lot 2964 ini terletak di atas tanah bernama
Tanjong Pari. Ia adalah sebuah ladang
getah. Tiada berpenghuni.
B) Dengar
khabar bahawa separuh daripada bahagiannya telah dijual oleh pentabir kepada
Jabatan Kerja Raya Kedah untuk membina sebuah leboh raya laluan kesempadan
Thailand. Ia dijual tanpa persetujuan
waris-waris lain.
c) Adakah
kakitangan Pejabat Tanah Baling terlibat dalam konspirasi jual tanah ini.; Harap disiasat dan dibawa mereka kemuka
pengadilan. Pihak pentadbir telah
menerima wang pampasan.
d) Pentadbir
dan Pejabat Tanah Baling boleh dibicarakan atas tuduhan menipu dan memalsukan
dokumen.


Catatan Separuh Harta peninggalan Hj Ahmad Ismail
Berikut adalah tulisan tangan yang di catit oleh Arwah Jaafar bin Haji Ahmad


Paparan berikut pula akan saya kupas pula sejarah salah-silah keluarga Haji Ahmad Bin Ismail. Sejarah keluarga isteri pertama Hj Ahmad Ismail, ( sikap anak Hj Ahmad Ismail hasil perkongsian ( isteri pertama Hj Ahmad Ismail) iaitu sebagai pentadbir yang bernama Aziz bin Haji Ahmad yang tidak adil,tamak, dan gagal mentadbir harta Haji Ahmad Ismail dengan baik dengan pengalahgunaan harta dan tidak membahagikan harta Hj Ahmad Ismail dengan baik mengikut faraid sehingga ke hari ini) , Saya juga akan menceritakan sejarah keluarga isteri kedua Hj Ahmad bin Ismail yang tidak pernah merasai kekayaan harta Hj Ahmad Ismail, yang hidup dalam kesusahan dan daif. Bukti-bukti harta peninggalan Hj Ahmad Ismail turut akan saya buktikan. Dan beberapa gambar terkini rumah peninggalan asal Hj Ahmad Ismail di Pulai yang sangat uzur.
No comments:
Post a Comment